Powered by Blogger.

Zul Ariffin Dedah Pengalaman Bercinta Dengan Abby Abadi




Pelakon Zul Ariffin sememangnya meminati wanita yang lebih berusia untuk berdating. Mungkin kematangan seseorang wanita itu memikat hati Zul Ariffin.

Kini Zul Ariffin sedang hangat bercinta dengan produser Gayantri. Tetapi sebelum ini Zul Ariffin pernah bercinta dengan Abby Abadi.

Ramai tertanya-tanya bagaimana Abby Abadi ketika mereka bercinta. Adakah Abby pernah mengongkongnya, memarahinya dan mencakarnya?

Ini pendedahan Zul Ariffin:
“Saya pun tak berani hendak komen mengenai isu ini. Kita tidak tahu apa sebenarnya yang telah berlaku di sebalik kejadian ini. Apa yang boleh saya cakap sepanjang 3 tahun saya bersama, dia ialah seorang yang baik dan bukanlah seperti yang didakwa”

“Tidak pula dia mencederakan saya. Semuanya baik setakat mana saya bersamanya seketika dahulu. Saya sebenarnya tahu pun perkara itu daripada media dan yang lain-lain saya tidak tahu secara terperinci di sebalik apa yang sebenarnya telah berlaku,“

Itulah kisahnya. Nampaknya Abby Abadi tidak pernah mengapa-apakan Zul Ariffin pun. Ok je.

0 Comments for "Zul Ariffin Dedah Pengalaman Bercinta Dengan Abby Abadi"

Back To Top