Powered by Blogger.

#QZ8501 TERKINI: AMAREKA SUDAH MULA SIBUK CAMPUR TANGAN INSIDEN AIR ASIA!!! KENAPA??




Washington: Rumah Putih memantau situasi pesawat AirAsia Indonesia yang hilang ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura dan Presiden Barack Obama sudah diberi taklimat mengenai perkara itu.

Pesawat Airbus A320-200 yang membawa 162 penumpang dan anak kapal itu berlepas dari Lapangan Terbang Antara Bangsa Juanda di Surabaya, Jawa Timur pada 5.20 pagi (6.20 pagi waktu Malaysia) dan dijadualkan tiba di Singapura pada 8.30 pagi.

"Presiden sudah diberikan taklimat mengenai Penerbangan QZ8501 AirAsia dan pegawai Rumah Putih akan terus memantau situasi itu," kata jurucakap Rumah Putih, Eric Schultz.

Ketika ini, Obama dan keluarganya bercuti di Hawaii.

Menurut AirAsia Indonesia, juruterbang pesawat itu meminta kebenaran untuk mengubah haluan daripada laluan asal kerana cuaca buruk dan operasi mencari dan menyelamat sedang dilaksanakan. - AFP

0 Comments for "#QZ8501 TERKINI: AMAREKA SUDAH MULA SIBUK CAMPUR TANGAN INSIDEN AIR ASIA!!! KENAPA??"

Back To Top