BOTA - Seorang lelaki ditemui terapung di bahagian dapur belakang rumahnya di Kampung Teluk Bedayung, Lambor Kanan, di sini, dalam kejadian banjir Sabtu lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Deputi Superintendan Leong Ah Kow berkata, lelaki berusia 59 tahun itu ditemui adiknya ketika mahu menghantar makanan, kira-kira jam 3 petang.
Menurutnya, mangsa tinggal seorang diri di bahagian atas rumah apabila bahagian bawah dimasuki air.
“Berdasarkan keterangan adik mangsa, dia telah memujuk abangnya supaya berpindah ke pusat pemindahan banjir ataupun rumah saudara, namun mangsa enggan berbuat demikian.
“Dia mahu tinggal di bahagian atas rumah walaupun bahagian bawah h dimasuki air. Disebabkan keengganan abangnya, adiknya akan menghantar makanan dan melawat mangsa dari masa ke masa,” katanya.
Beliau berkata, pada hari kejadian, adiknya seperti biasa mahu menghantar makanan dan ketika itu paras air adalah satu meter.
Jelasnya, adik mangsa memanggil mangsa berkali-kali dari luar namun tiada sebarang sahutan menyebabkan dia bertindak mencari abangnya di luar dan dalam rumah.
"Adik mangsa menemui abangnya terapung di bahagian dapur belakang rumah kira-kira 10 meter dari tangga batu marmar rumah itu.
“Dipercayai mangsa yang mahu ke bilik air terjatuh ketika menuruni tangga marmar kerana terdapat kesan geseran di punggungnya selain menghidap darah tinggi, rabun, kencing manis, sakit jantung, dan mempunyai tahap kesihatan lemah,” katanya.
Ah Kow berkata, mangsa telah dihantar ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat dan hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal disebabkan serangan jantung.
“Kita menasihatkan penduduk yang terlibat dengan banjir supaya segera berpindah jika diarahkan kerana di pusat pemindahan banjir keadaan mereka lebih terjaga,” katanya.

0 Comments for "Adik Jumpa Mayat Abang Terapung"