Pihak berkuasa Indonesia memaklumkan bahawa ada isyarat kecemasan yang dihantar oleh alat Emergency Locator Transmitter (ELT) tetapi isyaratnya lemah.
Hari ini, Tempo memetik sumber dari Angkatan Tentera Indonesia yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang sejak pagi semalam.
Pesawat itu dipercayai berada di antara Pulau Bangka dan Belitung.
“Isyarat kecemasan dikesan, tapi lemah,” katanya.
Fungsi ELT ialah menghantar isyarat lokasi di mana ia berada apabila sesebuah pesawat terhempas atau pun tenggelam di dalam laut.
Ia mampu menghantar isyarat terus-menerus sehingga bateri kuasanya habis iaitu kira-kira 30 hari.
Sementara itu, Pesawat maritim AP-3C Orion milik Tentera Udara Diraja Australia mendakwa mengesan ‘sesuatu’ di perairan Pangkalan Bun, di Kalimantan Tengah, kata Panglima Komando Operasi I Jakarta, Dwi Putranto.
Portal berita Detik.news melaporkan, lokasi itu adalah 100 batu dari Pengkalan Bun arah barat selatan atau 700 batu dari lokasi terakhir pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia dilaporkan hilang.
0 Comments for "Ada Isyarat ELT Dikesan Tetapi Lemah – Tentera Indonesia"